Tuesday, November 3, 2009

Kepentingan Air Terhadap Kesihatan Manusia

70% daripada badan manusia terdiri daripada air (H2O).



Kandungan H2O dalam:

i: Otak 80%

ii: Jantung 75%

iii: Paru-paru 86%

iv: Hati 86%

v: Buah pinggang 83%

vi: Otot 75%

vii: Darah 90%



Air memainkan peranan penting dalam banyak fungsi badan terutamanya:

a: Detoksifikasi

b: Melincirkan sendi-sendi

c: Menyokong sistem penghadaman

d: Mengawal suhu badan

e: Menghantar nutrien dan oksigen ke sel-sel badan



Kualiti air minuman mempunyai impak secara langsung kepada kesihatan kita.

4 Jenis Bahan Pencemar Biasa Dalam Air

a: Bahan Pencemar Biologikal (Bakteria, Virus, Parasit dll)
- Menurut Bank Dunia, 88% daripada semua penyakit di dunia berpunca daripada air minuman yang tidak selamat, sanitasi yang tidak mencukupi serta kerbersihan yang tidak cekap.
- Setiap tahun, masalah yang berkaitan dengan air bertanggungjawab atas 4 bilion kes cirit birit yang menyebabkan kematian terhadap lebih daripada 6 juta orang kanak-kanak.
- Air yang tidak bersih mengakibatkan 1.5 juta kes hepatitis A (dan 133 juta kes cacing usus)
*Laporan CNN, Disember 2007

b: Bahan Pencemar Organik (Racun perosak, Racun Rumpai, Bahan Kimia Perindustrian dll)
- Menurut 'Earth Day Network', 14 juta penduduk A.S kini secara malarnya minum air yang dicemari oleh racun rumpai karsinogenik.
*Laporan CNN Disember 2007
- Peningkatan jumlah kematian akibat kanser mungkin sebahagiannya berpunca daripada racun perosak, baja dan sisa perindustrian yang semakin banyak terlepas ke dalam bekalan air kita
*Reader's Digest

c: Produk Sampingan Disinfeksi (Trihalometana THMs, Kloroform dll)
- Satu kajian terhadap hampir 400,000 bayi membuktikan bahawa kimia yang terbentuk semasa pengklorinan berkait rapat dengan kejadian kecacatan semasa lahir.
*The Daily Mail Online, 03/06/2008
- Risiko Kanser di kalangan orang yang minum air berklorin adalah 93% lebih tinggi daripada golongan yang minum air tanpa klorin.
*U.S Council of Environment Quality

d: Bahan Pencemar Bukan Organik (Plumbum, Nitrat, Arsenik, Asbestos, Debu, Mendapan dll)
- Arsenik adalah beracun kepada semua sel hidup dan akan menyebabkan kanser paru-paru, hati, buah pinggang dan pundi kencing yang membawa maut dikalangan manusia
*Persatuan Mikrobiologi Umum
- Paras nitrat yang tinggi menyebabkan "Sindrom Bayi Biru" yang mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen.
*US EPA
- Plumbum berbahaya kepada perkembangan otak janin, kanak-kanak dan wanita hamil, manakala menimbulkan masalah buah pinggang & tekanan darah tinggi bagi golongan dewasa.
*US EPA

No comments:

Post a Comment